Banner 468x60_staticbanner




Saturday, August 20, 2011

PERBINCANGAN BERSAMA PENGERUSI JKKKP



Thursday, June 23, 2011

Kecewa elaun JKKKP dihenti





ALOR SETAR - Seramai 18 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Pokok Sena kecewa dengan tindakan Ketua UMNO bahagian itu yang menghentikan elaun mereka tanpa alasan kukuh sejak awal tahun ini.

Wakil kumpulan itu, M Zani Morad, 61, berkata, antara pengerusi dan setiausaha yang terlibat adalah dari Kampung Baru, Taman Seri Kota, Batu 18 Kampung Bukit, Machang Kudong, Padang, Tok Keling, Batu 3 Jalan Langgar, Mata Air dan Taman Pertama.

Beliau yang juga Pengerusi JKKKP Kampung Baru, mendakwa punca utama elaun mereka dihentikan kerana tidak menyokong Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Ahmad Lebai Sudin selain ada antara mereka dituduh mengedar air ketum.

“Tuduhan berkenaan amat melampau dan tidak patut sama sekali.

“Walaupun nama pengerusi ini tersenarai dalam penerima elaun dari Januari hingga Mei lalu dengan nilai keseluruhan RM4,000, manakala setiausaha RM1,000 namun diberitahu nama kami dibekukan sementara,” katanya.

Pengerusi JKKKP Batu 18 Kampung Bukit, Ramli Enoi terkilan dengan tindakan itu dan berharap pemimpin atasan UMNO akan turun padang menyiasat sendiri masalah itu.

“Lebih 20 tahun memegang jawatan Pengerusi dan selama ini saya bertugas serta berjuang dengan ikhlas untuk UMNO, demi kepentingan UMNO pemimpin atas kena turun ke bawah.

“Sekiranya masalah ini tidak diatasi saya percaya kita tidak akan dapat menawan semula negeri ini daripada Pas, sebelum ini kita kalah berpunca dari kita sendiri bukan kerana parti politik lain,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, tiga cawangan sahaja mempunyai masalah dari segi faktor umur, cawangan tidak berkembang serta ada pengerusi cawangan tinggal di tempat lain iaitu Batu 18 Kampung Bukit, Machang Kudong dan Taman Seri Kota.

Beliau menafikan masalah itu berpunca daripada tindakan pemimpin JKKKP tidak menyokongnya.

“Alasan itu tidak logik. Masih ramai yang tidak sokong tetapi saya tidak menyalahgunakan kuasa untuk memecat mereka.

“Terdapat satu cawangan yang masih belum diluluskan sebagai JKKKP dan sehingga kini ia tidak layak menerima sebarang elaun,” katanya.

Ahmad berkata akan bersemuka dengan semua JKKKP membabitkan 148 orang di bahagian Pokok Sena pada 1 Julai ini untuk menerangkan perkara sebenar mengenai isu itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah pula berkata, pihaknya sedia maklum dengan masalah JKKKP berkenaan selepas mereka membuat aduan di pejabat UMNO negeri.

“Saya harap JKKKP terlibat bersabar dan bertenang kerana perkara itu melibatkan banyak pihak serta mengambil sedikit masa untuk diselesaikan.

“Saya juga melihat perkara berkenaan sebagai isu teknikal yang boleh diselesaikan,” katanya.

23 Jun 2011

Sunday, May 8, 2011

BERSAMA ULAMA DI MASJID AN-NUR BANDAR BARU POKOK SENA














KEMPEN PENDAFTARAN PEMILIH DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN










BERSAMA ULAMA DI MASJID AL-BUKHARY, ALOR SETAR

MASJID AL-BUKHARY JUMAAT 6 MEI 2011
AL-HABIB SAYYID MUHAMMAD BIN SALEH AL-ATTAS AL-SUSAYNI








Tuesday, April 5, 2011

MESYUARAT DENGAN PEMIMPIN MASYARAKAT

MESYUARAT BERSAMA DENGAN PEMIMPIN MASYRAKAT
KG SEBERANG ALOR, HUTAN KAMPUNG




Monday, April 4, 2011

MESYUARAT BERSAMA PEMIMPIN KAWASAN

MESYUARAT BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT
KG KERIANG MENORA,, TUALANG



MESYUARAT DENGAN PEMIMPIN LOKALITI

MESYUARAT BERSAMA PEMIMPIN DARI KG DG MATI, KG LANGGAR,
KG pONDOK TASAK DAN TAMAN SRI KOTA



Tuesday, February 22, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASULDIMASJID KG PDG HASSAN, LENGKUAS

AL Habib Sayid Thahir Al Haddar dari Hadramaut,Yaman


Yuan Syed Ali




Ceramah oleh Habib Ssyid Thahir