Banner 468x60_staticbanner




Wednesday, March 17, 2010

Pegawai JPN akan turun padang siasat

LAPURAN TERDAHULU
DALAM BLOG INI


POKOK SENA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Kedah akan menghantar pegawai untuk menyiasat empat sekeluarga di Kampung Belukar, dekat sini yang masih lagi belum membuat dan mempunyai Kad Pengenalan Pintar (MyKad) dalam masa terdekat ini.

Pengarahnya, Mohamed Khatib Ismail berkata, beberapa pegawai akan dihantar untuk menyiasat punca sebenar yang terjadi kepada seorang ibu tunggal, Rosmawati Mansor, 45, yang masih lagi memegang kad pengenalan lama, selain dua anaknya tidak mempunyai MyKad dan seorang lagi masih tidak mempunyai sijil lahir.

Menurutnya, jika perkara tersebut disebabkan oleh punca kemiskinan, pihaknya boleh mengecualikan sebarang denda yang akan dikenakan.

“Bagaimanapun, beberapa pegawai dari JPN akan dihantar untuk menyiasat punca sebenar masalah yang dihadapi oleh keluarga ini dengan kadar segera,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Semalam, Sinar Harian melaporkan perasaan takut dan gemuruh Rosmawati mendorong dirinya tidak membuat laporan polis berhubung kehilangan MyKad salah seorang anaknya, Siti Asniza, 16.

Selain takut dan gemuruh, kehidupan yang dihimpit dengan kesusahan juga menyebabkan seorang lagi anaknya, Siti Asmida masih belum lagi mempunyai MyKad walaupun sudah berumur 13 tahun.

Selain itu, anak keenam Rosmawati, Mohd Danish Mohd Hafiz, 6 juga masih tidak mempunyai sijil lahir.

Melalui laporan semalam, Rosmawati berkata, selepas mengambil kira faktor bahawa MyKad adalah sesuatu dokumen pengenalan diri yang penting, dia memberanikan juga dirinya namun masih lagi takut dengan jumlah denda yang pasti akan berlipat kali ganda.

Mohamed Khatib berkata, sebarang denda mungkin tidak akan dikenakan sekiranya faktor yang menyebabkan Rosmawati tidak dapat mendaftarkan pengenalan anaknya adalah disebabkan oleh kesempitan hidup.

0 comments:

Post a Comment