Banner 468x60_staticbanner




Monday, June 14, 2010

Amanat Habib Sayyid Muhammad Bin Saleh Al-Attas

Islam agama yang suci dan diturunkan melalui wahyu kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW dan menjadi kewajipan kepada kita semua ummat Islam menjaga kesucian itu sepanjang zaman.

· Sehubungan dengan itu menjadi kewajipan kepada semua ummat Islam bersatu padu dan mengiratkan lagi hubungan ukhwah diantara kita dan sama sekali dilarang menjadikan apa saja alasan bagi memecah belahkan kita.

· Samada kaum, perniagaan, atau pun politik sebagai alasan kerana kesuciaan agama Islam mengatasi segala kepentingan lain.

· Ulama mestilah ikhlas dan menjaga mulut dan lidah mereka dalam menjalankan Amanah suci Islam dan bangun bersama dalam mengikut perintah Allah.

Sehubungan dengan itu marilah kita:

1. Memperbanyak selawat kepada Nabi Muhammad SAW. bagi melahirkan rasa cinta kepadanya.

2. Bertaubat kepada Allah bagi memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT.

3. Menghidupkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW bagi membuktikan kecintaan dan ketaat setiaan kita kepadanya.

4. Bertolak ansur sesama saudara seagama tanpa mengira fikiran atau fahaman politik.

5. Pupukan kasih sayang sesama umat Islam kalau kita benar-benar memperjuangkan Islam.

6. Agama mestilah diletakan ditempat teratas dari seluruh aspek dan cara hidup.

7. Agama dan politik memang tidak boleh diasingkan tetapi hendaklah menjadikan tuntutan agama mengatasi kepentingan politik.

8. Memperbaiki hubungan silaturrahim sekiranya ada permusuhan sebelum ini.

0 comments:

Post a Comment